Penulisan Saroja Theavy

Beliau menjurus kepada penulisan cerpen untuk bacaan umum, remaja, dan kanak-kanak. Semasa di UKM beliau berjinak-jinak dengan cerpen dan puisi.Beliau menjadi wartawan akhbar Nadi Bangi (akhbar keluaran Jabatan Komunikasi, UKM). Semasa mula bertugas sebagai guru, cerpen yang berjudul “Bukit Sikikih Mengaum” mendapat hadiah sagu hati dalam Pertandingan Menulis Cerpen, anjuran Jabatan Pendidikan Wilayan Persekutuan (1987). Antara kejayaan besar yang diraih ialah kejayaan mendapat tempat pertama daripada lebih 450 buah cerpen dalam Pertandingan Menulis Cerpen Formula Malaysia 2000.